Hari-hari bermain dengan gadjet, pasti kanak-kanak berasa bosan. Apatah lagi sepanjang masa berada di dalam rumah sahaja. Sesekali jom terjah main di luar.
Sebelum tu, kita buat telur dinasour.
Jom cari bahan:
Belon
Dinasour pelbagai warna & bentuk
Pewarna makanan (jika suka)
Air
Jom buat:
Masukkan dinasour ke dalam belon dengan berhati-hati (ekor yang tajam akan membocorkan belon).
Buka pair air
Masukkan mulut belon pada muncung paip dan pegang kejap
Setelah mendapat saiz telur yang dikehendaki, ikat belon
Sejuk bekukan semalaman
Dah siap...
Dalam pada seronok bermain dengan telur dinasour ni, cuba fikirkan..
Di mana Sains nya?
Aha....perhatikan telur dinasour semakin cair
Kenapa?
Sebab udara yang panas dari matahari boleh mencairkan ais (seperti cairnya aiskrim yang kita makan)
Haa..seronokkkan...sambil tu boleh ajak kanak-kanak berfikir kan
Tuesday, January 27, 2015
Tuesday, January 6, 2015
Agar-agar gula melaka
Jom cari:
1 paket agar-agar serbuk (kecil)
900ml air
1/2 buku gula melaka
1 cawan susu segar
Jom buat:
Masak air dan gula hingga larut
Masukkan serbuk agar-agar & kacau rata
Masukkan susu segar
Sentiasa kacau hingga mendidih
Kuatkan api hingga larutan hampir membentuk limpahan gunung berapi
Terus tutup api
Tuang ke dalam acuan yang comel-comel & sejukkan dalam peti ais
Siap sedia untuk dimakan setelah sejuk
Subscribe to:
Posts (Atom)