Hari-hari bermain dengan gadjet, pasti kanak-kanak berasa bosan. Apatah lagi sepanjang masa berada di dalam rumah sahaja. Sesekali jom terjah main di luar.
Sebelum tu, kita buat telur dinasour.
Jom cari bahan:
Belon
Dinasour pelbagai warna & bentuk
Pewarna makanan (jika suka)
Air
Jom buat:
Masukkan dinasour ke dalam belon dengan berhati-hati (ekor yang tajam akan membocorkan belon).
Buka pair air
Masukkan mulut belon pada muncung paip dan pegang kejap
Setelah mendapat saiz telur yang dikehendaki, ikat belon
Sejuk bekukan semalaman
Dah siap...
Dalam pada seronok bermain dengan telur dinasour ni, cuba fikirkan..
Di mana Sains nya?
Aha....perhatikan telur dinasour semakin cair
Kenapa?
Sebab udara yang panas dari matahari boleh mencairkan ais (seperti cairnya aiskrim yang kita makan)
Haa..seronokkkan...sambil tu boleh ajak kanak-kanak berfikir kan
No comments:
Post a Comment